Sunday, 16 October 2016

BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI UMUM


1.5 BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI UMUM
 










Pelbagai bentuk komunikasi dapat kita ditemui di sekeliling kita, bahkan kadang-kadang kita juga melakukan komunikasi tersebut. Ada komunikasi yang kita lakukan bersifat peribadi, iaitu komunikasi dengan diri sendiri.
            Komusikasi antar personal, iaitu komunikasi secara berhadapan antara dua orang penyampai dan pendengar. Termasuk juga dalam komunikasi ini komunikasi dengan Tuhan. Komunikasi jenis ini lebih berkesan sekiranya berlaku secara silang (dua hala), iaitu kedua-dua pihak saling berkomunikasi. Sering juga kita melakukan komunikasi secara kumpulan, iaitu komunikasi yang terjadi antara seseorang dengan kumpulan tertentu. David Krech (1882) dalam bukunya Individual in Society membahagikan komunikasi kumpulan ini kepada tiga, iaitu small group, medium groups dan large groups.

1.5.1 Komunikasi Personal
Komunikasi personal terdiri daripada dua kategori yang berikut :
*      Komunikasi intrapersonal
Komunikasi intraperibadi, secara harfiah dapat diertikan sebagai komunikasi dengan diri sendiri.Hal ini berkaitan dengan proses disaat diri (self) menerima rangsangan dari persekitaran untuk kemudian melakukan proses internalisasi. Hal ini sering dijelaskan dengan proses apabila seseorang melakukan proses persepsi, iaitu proses apabila seseorang mengintrepretasikan dan memberikan makna kepada rangsangan atau objek yang diterima pancaindranya.
*      Komunikasi interpersonal
Secara umum komunikasi antar pribadi dapat diertikan sebagai proses pertukaran makna orang-orang yang saling berkomunikasi.
·         Pertama, KIP (komunikasi interpersonal) bermula dengan diri sendir(self). Pelbagai persepsi komunikasi yang melibatkan pemerhatian dan pemahaman berangkat dari diri sendiri.
·         Kedua, KIP bersifat transaksional, hal ini merujuk pada tindakan pihak-pihak yang berkomunikasi secara serentak menghantar dan menerima mesej.
·         Ketiga, KIP, mencangkup isi mesej dan hubungan yang bersifat peribadi (intimacy). Maksudnya, KAP tidak hanya sekadar berkenaan dengan isi mesej, tetapi juga menyangkut siapa partner kita dalam berkomunikasi.
·         Keempat, KIP mensyaratkan adanya kedekatan fizikal anatar pihak-piha yang berkomunikasi.
·         Kelima, peserta dalam KIP terlibat secara interdependent atau saling bergantung satu dengan yang lain.
·         Keenam, Komunikasi tidak boleh diubah atau diulang, jika kita sudah salah mengucapkan sesuatu kepada lawan bicara kita, mungkin kita boleh minta maaf, tetapi tidak bermakna menghapuskan apa yang pernah kita ucapkan.

1.5.2 Komunikasi Kumpulan

Secara umum komunikasi kumpulan boleh diertikan sebagai interaksi tatap muka dari tiga atau lebih individu guna memperoleh maksud dan tujuan yang dikehendaki. Seperti berkongsi maklumat, pemeliharaan diri (self maintenance) atau pemecahan masalah, sehingga menumbuhkan ciri-ciri peribadi masing-masing anggotanya.
·         Pertama, tatap muka, mengandung makna bahwa dalam komunikasi kumpulan setiap anggotanya harus dapat melihat dan mendengan ahli lain.
·         Kedua, Bilangan peserta dalam komunikasi kumpulan berkisar tiga orang atau lebih.
·         Ketiga, Maksud dan tujuan dari komunikasi kumpulan adalah untuk berkongsi maklumat, dan pemeliharaan diri (self maintenance). Jika tujuan komunikasi kumpulan adalah berkongsi maklumat, maka komunikasi yang dilakukan adalah bertujuan untuk menanamkan pengetahuan. Jika tujuannya untuk pemeliharaan diri biasanya komunikasinya dituyjuan sebagai pemuasan keperluan peribadi ahli-ahlinya.
·         Keempat, Kemampuan ahli untuk memupuk ciri-ciri personal ahli lain.  Maksudnya adalah secara tidak langsung masing-masing ahli berkaitan tidak saja dalam konteks kumpulan, tetapi juga melibatkan sentuan antar pribadi.
1.5.3 Komunikasi antara budaya
                   Komunikasi ialah pemberian makna kepada perilaku iaitu apa yang diperhatikan. Budaya akan membentuk perilaku seseorang yang akhirnya “terbawa” ke dalam proses komunikasi. Komunikasi adalah dinamik iaitu terus berlangsung dan selalu berubah-ubah. Komunikasi adalah interaktif antara sumber dengan penerima. Dalam proses komunikasi, sumber dan penerima membawa latar belakang dan pengalaman masing-masing. Salah satu pihak akan cuba mempengaruhi pihak yang lain. Komunikasi tidak dapat ditarik balik. Contohnya, penerima telah terima pengaruh dari mesej yang dihantar oleh sumber dan dipengaruhi olehnya. Maka, pengaruh tersebut adalah tidak dapat ditarik balik. Komunikasi berlaku dalam konteks fizikal dan sosial. Konteks fizikal terdiri daripada keselesaan dan kenyamanan tempat komunikasi berlaku. Konteks sosial ialah hubungan sosial antara sumber dengan penerima sama ada kawan dan musuh, guru dan murid, doktor dan pesakit dan sebagainya.
                   Komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan, politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang meghasilkan mesej dan orang yang mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti sosial antara komunikator adalah berbeza.

1.5.4 Komunikasi massa


Suatu proses di mana organisasi media menghasilkan dan menyebarkan mesej kepada public secara meluas. disisi lain komunikasi massa juga diertikan sebagai proses komunikasi di mana, mesej dari media dicari, digunkan dan digunakan oleh audiens. Dari batasan singkat tersebut, kita dapat melihat bahwasannya ciri-ciri utama komunikasi massa adalah adanya media massa sebagai alat dalam penyebaran mesej.

No comments:

Post a Comment