2.4 PENYIARAN ISLAM SEBAGAI
MEDIUM DAKWAH
Penubuhan
media penyiaran yang berkonsepkan islam ini dilihat sebagai satu medium untuk
mengembangkan dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Siaran bagi rancangan
televisyen yang berkonsepkan dakwah ini akan dapat membantu memberikan
kefahaman mengenal islam dengan lebih mendalam dan mudah melalui bentuk
audiovisual kepada audiens. Rancangan–rancangan televisyen seperti berita, hal
ehwal semasa, rancangan berbentuk ilmu pengetahuan, agama dan juga hiburan dan
kesenian yang selari dengan syariat islam diketegorikan sebagai siaran yang
membawa kepada kebaikan. Media penyiaran islam seperti TV AIHIJRAH yang
beroperasi pada tahun 2009 merupakan inovasi baharu dalam penyiaran islam.
2.4.1 Pengertian Dakwah
Dakwah yang secara bahasa berasal
dari kata da'a, yad'u, da'wan, du'a yang bererti mengajak, memanggil, seruan,
permohonan adalah istilah yang lazim dalam hidup umat muslim. Istilah ini
biasanya di Indonesia untuk menyebut aktiviti ceramah keagaamaan, tabligh, dan
yang sejenisnya. Tapi sebenarnya istilah ini bersifat neutral, artinya seruan
atau ajakannya untuk hal yang umum, tidak pada suatu perbuatan atau keyakinan
yang benar atau salah. Namun kini telah terjadi monopoli atas kata ini oleh
orang Islam, sekurang-kurangnya itu kata Emha Ainun Nadjib.
Pengertian dakwah sebagai ceramah keagamaan atau tabligh tentu pengertian yang
sempit. Perubahan zaman dan peningkatan kerumitan hidup akan terus
memperluaskan pemaknaannya, kerana dakwah adalah usaha untuk mengubah tatanan
sosial sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah SAW.
Telah banyak di catat di banyak lituratur mengenai makna kata dakwah ini.
Beberapa batasan dari beberapa ulama akan terungkai di bawah ini.
·
Ali
Mahfuz dalam kitabnya Hidayatul Mursyidin menulis bahawa,
"Dakwah adalah mendorong (memotivasi) umat manusia melakukan kebaikan dan mengikuti
petunjuk serta memerintah berbuat makruf dan mencegah dari perbuatan mungkar
agar memperoleh kebahagiaan dunia dan
akhirat."
·
Hamzah
Ya'qub dalam Publisistik Islam menulis, "Adapun definisi dakwah dalam
Islam adalah mengajak manusia dengan hikmah kebijaksanaan untuk mengikuti
petunjuk Allah SWT dan
Rasulnya."
·
Bakhial
Khauli berpendapat, "Dakwah adalah sesautu proses menghidupkan
peraturan-peraturan Islam dengan maksud memindahkan umat dari satu keadaan
kepada keadaan lain."
·
Amrulloh
Achmad menyatakan, "Hakikat dakwah Islam merupakan aktualisasi imani yang
dimanifestasikan dalam suatu system kegiatan manusia beriman dalam bidang
kemasyarakatan yang dilaksanakan secara teratur untuk mempengaruhi cara merasa,
berfikir, bersikap dan bertindak manusia pada dataran kenyataan individual
sosiokultural dalam rangka mengusahakan terwujudnya ajaran Islam dalam semua
segi kehidupan dengan menggunakan cara tertentu.
"
·
Hasjmy
berpendapat, bahawa: "Dakwah Islamiyah ialah mengajak orang lain untuk
meyakini dan mengamalkan aqidah dan syariat Islam yang terlebih dahulu telah
diyakini dan diamalkan oleh pendakwahnya
sendiri."
Dari beberapa pendapat yang dihuraikan diatas diketahui bahawa dakwah adalah
usaha yang sedar tentang bagaimana mengkondisikan manusia pada keadaan yang
diharapkan lebih baik dari keadaan dan kondisi sebelumnya. Dan ini adalah usaha
yang terus menerus menuju ke yang lebih baik dan lebih baik, terus berkembang
dan berkembng sesuai tuntutan ruang dan waktu.
Dalam penjelasan A. Hasjmy terkesan lebih tegas, beliau menyebut dengan istilah
Dakwah Islamiyah. Dakwah yang tidak sekadar mengajak tapi prosesnya harus
bermula dari diri pelakunya. Jadi seorang pendakwah harus mempunyai pemahaman
yang benar, seorang pendakwah harus yakin dan mengamalkan terlebih dahulu
sebelum berupaya memberi kesan kepada orang lain, kerana tujuan dakwah mengubah
masyarakat kepada kehidupan yang lebih baik lahir dan batin.
"Katakanlah (Muhammad), inilah
jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan
yakin. Mahasuci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik "(QS.
Yusuf: 108)
No comments:
Post a Comment