2.4.2 Kaedah Dakwah
Ada dua unsur dakwah yang begitu erat dalam hubungan, iaitu
isi dan cara penyampaiannya. Isi atau bahan-bahan dakwah sampai dengan tepat ke
sasaran sangat bergantung pada cara penyampaiannya atau kaedahnya. Juga kaedah
pun biasanya merujuk pada bahan itu. Dr. Quraisy Shihab berpendapat bahawa
ketidaktepatan dari keduanya sering menimbulkan persepsi yang keliru.
Pada bagian ini akan dibahas mengenai kaedah-kaedah dakwah, memandangkan sudah
jelas materi dakwah itu yang tak lain adalah ajaran-ajaran agama Islam.
Kaedah berasal dari kata metodos (Bahasa Yunani) yang bererti jalan,
dalam hal ini kaedah adalah cara yang telah ditetapkan dan melalui proses
pemikiran untuk mencapai suatu maksud
Suatu maksud yang dituju dalam kaedah ini adalah membantu manusia untuk tetap
sedar dan berusaha agar tetap berada di jalan yang lurus agar tidak tersesat.
Jalan lurus ini adalah Islam.
"Serulah kepada jalan Tuhanmu
dengan hikmah dan pengajaran yng baik dan berdebatlah dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari
jalannya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. (QS.
An-Nahl: 125)
Dari ayat di atas seruan kepada jalan Tuhan
agar tidak tersesat disebutkan terdapat tiga cara, yaitu: dengan hikmah, dengan
pengajaran yang baik dan dengan berdebat dengan cara yang baik. Kaedah-kaedah
inilah yang akan di bahas satu persatu di sini.
·
Kaedah
Al Hikmah
Muhammad Abduh berpendapat bahawa, "Hikmah adalah mengetahui rahasia dan
faedah di dalam tiap-tiap hal."
Sering dalam kehidupan seharian kita
mendengar ungkapan "ambil hikmahnya" yang mungkin maksudnya adalah
perhalusi persoalan yang ada untuk mengetahui apa sesungguhnya yang sedang
terjadi. Yang akhirnya seperti pendapat Muhammad Abduh diatas, dengan usaha
yang cermat untuk memahami persoalan yang ada akan terbaca rahsia dan faedah
dalam tiap-tiap pristiwa atau perkara. Bahasa
kenyataan lebih fasih daripada bahasa lisan.
Sebagai kaedah dakwah akhirnya terkesan disini bahawa dalam penyampaian mesej,
seorang pendakwah harus sungguh-sungguh dalam memanfaatkan potensi yang ada
pada dirinya untuk faham terhadap kenyataan yang melingkupinya. Seorang
pendakwah musti faham persoalan yang sedang dihadapinya, bukan hanya pada
permukaannya tapi sampai ke jantung masalah. Dakwah bil hikmah adalah dakwah dengan
menggunakan perkataan yang pasti dan benar, yaitu dalil yang menjelaskan
kebenaran dan menghilangkan keraguan. Demikian menurut Imam Abdullah bin Ahmad
Mahmud An Nasafi.
Disamping mampu menjelaskan kebenaran dan menghilangkan keraguan atau kesamaran
pengetahuan yang mendalam juga akan menghasilkan kebijaksanaan. Al hikmah juga
diertikan kebijaksanaan, akal budi yang mulya dan menarik perhatian orang
kepada agama atau Tuhan.
Pada tahap ini kebijaksanaan akan berpengaruh pada ketepatan dalam mengolah
bahan dakwah. Kerana ketepatannya menentukan kejayaan dakwah dan
ketidaktepatannya mengaburkan bahkan menimbulkan persepsi yang keliru atas
mesej dakwah bahkan agama itu sendiri. Maka hikmah pula yang pada akhirnya
menentukan sikap pendakwah, apakah harus bicara atau diam.
·
Kaedah
Al Mau'idzah al Hasanah
Mau'idzatul hasanah terdiri dari dua
kata yaitu mau'idzah dan hasanah. Kata mau'idzah bererti nasihat atau
peringatan dan hasanah artinya kebaikan.
Pengertiannya secara istilah menurut Imam Abdullah bin Ahmad an Nasafi adalah:
"Al Mau'idzatul hasanah adalah perkataan yang tidak tersembunyi bagi
mereka, bahawa engkau memberi nasihat dan menghendaki manfaat kepada mereka
atau dengan Al-Quran".
Cara dakwah semacam ini dengan memberi nasihat lazim ditemui dalam masyarakat
kita, di mana para pendakwah berceramah di mimbar-mimbar, memberi nasihat di
depan umat dalam pelbagai acara dan dalam banyak kesempatan. Kisah-kisah yang
baik yang diceritakan oleh orang tua kepada anaknya, bimbingan-bimbingan guru
di sekolah, prilaku-prilaku yang baik pun termasuk kaedah ini.
"Mau'idzatul hasanah merupakan salah satu manhaj (kaedah) dalam dakwah
untuk mengajak ke jalan Allah dengan memberikan nasihat atau bimbingan dengan
lemah lembut agar mereka mau berbuat baik," begitu menurut Abdul Hamid al
Bilali dalam Fiqh al Dakwah fiingkar al Mungkar
·
Kaedah
Al Mujadalah Bi-al-Lati Hiya Ahsan
Al Mujadalah artinya adalah dialog.
Berasal dari kata " jadala " yang menurut Dr. Quraisy Shihab
bermakna "menarik tali dan mengikatnya guna menguatkan sesuatu", maka
perdebatan ibarat menarik dengan ucapan untuk meyakinkan lawannya dengan
menguatkan pendapatnya melalui hujah yang disampaikan.
An Nasafi berpendapat bahawa,
"Berbantahan dengan baik yaitu dengan jalan yang sebaik-baiknya dalam
bermujadalah antara lain dengan perkataan yang lembut, lemah lembut, tidak
dengan ucapan yang kasar atau dengan mempergunakan sesuatu (perkataan) yang
boleh menyedarkan hati, membangunkan jiwa dan menerangi akal fikiran, ini
merupakan penolakan bagi orang yang enggan melakukan perdebatan dalam agama
"Dari penguraian tadi menjelaskan bahawa perbezaan pendapat yang lazim
dalam pergaulan hidup terutama dalam agama penyelesaiannya haruslah menimbang
banyak kebaikan. Perdebatan-perdebatan yang sering tak dapat dielakkan dalam
perbezaan pendapat tak lebih sebagai dialog dalam usaha mencari kebenaran yang
terbaik. Jadi ini sesuatu yang sinergis, tidak melahirkan permusuhan, saling
menghargai pendapat dan ikhlas menerima kebenaran.
No comments:
Post a Comment